BULETIN KIS


Majlis Khatam Al Quran pelajar Sijil Talaqqi Al Quran (STAQ)


Ampang- Khamis, 7 Julai 2022 - Alhamdulillah telah berlangsungnya Majlis Khatam Al Quran pelajar Sijil Talaqqi Al Quran (STAQ), Kolej Islam As Sofa. Majlis yang mulia ini turut dihadiri oleh Ustaz Mohd Sufi bin Ibrahim (Ketua Eksekutif Kolej Islam As Sofa), Ustaz Arwani bin Sali (Pegawai Pendidikan dan Pentarbiahan Sofa Education Group) dan juga ibubapa para pelajar.

Dengan bimbingan dan tunjuk ajar dari guru-guru halaqah, alhamdulillah seramai 45 orang pelajar telah berjaya mengkhatamkan Al Quran untuk kemasukan Sijil Talaqqi Al Quran pada kali ini.

Majlis telah diakhiri dengan pembacaan sanad umum, penyerahan sijil buat para pelajar dan juga pembacaan maulid. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan talaqqi Al Quran anjuran Kolej Islam As Sofa.